Kandungan
Bab 1: | Mengasihi keluarga, masyarakat dan pemerintah kita |
Bab 2: | Bersaksi kepada keluarga dan masyarakat |
Bab 3: | Penindasan dan penganiayaan terhadap umat Allah |
Bab 4: | Respons terhadap penganiayaan dan penindasan |
Bab 5: | Kesimpulan |
Pengenalan
Dalam buku 8 ini, kita akan mengkaji firman Tuhan mengenai hubungan antara pengikut Yesus dengan komuniti, kerajaan dan undang-undang. Setiap pengikut Kristus mempunyai tanggungjawab dalam komuniti mereka bahkan terhadap kerajaan, iaitu menunjukkan kasih Kristus dan bersaksi bagi mereka. Pengikut Kristus juga dipanggil untuk menjalinkan hubungan yang positif dan arif dengan pihak berkuasa.
Buku ini juga akan membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pengikut Yesus seperti penganiayaan dan penindasan daripada komuniti mereka dan pihak berkuasa. Buku ini memberi prinsip-prinsip ketika menghadapi penindasan dengan berdasarkan contoh-contoh kes dalam Alkitab dan respons Allah terhadap penindasan umat-Nya.