Soalan Lazim

Adakah Our Daily Bread akan menyediakan bengkel atau latihan pemuridan?

Ya, kami akan memberikan latihan pemuridan khusus untuk gereja-gereja yang memerlukan.

Bagaimana saya boleh mendapatkan siri pemuridan ini?

Sila hubungi pihak kami untuk maklumat lanjut.

Adakah saya layak untuk mendapatkan siri pemuridan ini tanpa mengikuti bengkel atau latihan pemuridan yang disediakan oleh ODB?

Kami menggalakkan agar anda mengikuti bengkel atau latihan pemuridan yang kami sediakan.

Adakah ODB mempunyai bahan-bahan selain daripada siri pemuridan yang diperkenalkan ini?

Ya. Sila pergi ke laman web kami https://dhdmalaysia.com/

Bagaimanakah saya dapat membantu ODB untuk memperkenal dan menjual siri pemuridan ini di gereja-gereja tempatan?

Sila hubungi pihak kami untuk maklumat lanjut.

Sekiranya saya telah menghabiskan kesemua siri pemuridan ini, adakah terdapat bahan susulan (follow-up) yang disediakan oleh ODB?

Maaf, tiada bahan susulan selepas siri pemuridan. Tetapi kami ingin menggalakkan anda untuk menggunakan bahan-bahan bacaan seperti Pedoman Harian dan Siri Perjalanan Iman.

Apakah tujuan utama pemuridan dilakukan?

Jika kita melihat kepada Amanat Agung Yesus, Yesus menyuruh kita untuk membaptis dan mengajar mereka untuk mentaati. Terdapat dua objektif iaitu:
1) membantu mereka untuk mencari dan menyatakan identiti mereka di dalam Yesus (melalui pembaptisan) dan
2) mengajar mereka untuk mentaati segala perintah Tuhan.

Intinya, membantu mereka untuk menjadi pengikut Yesus yang setia.

Adakah saya perlu memuridkan orang lain?

Apabila Yesus memberikan Amanat Agung, Dia menghantar semua orang percaya untuk “pergilah, jadikan semua bangsa murid-Ku.” Pemuridan bukanlah suatu panggilan khusus hanya untuk beberapa orang sahaja. Yesus memberi kita perintah untuk memuridkan, tanpa melihat karunia, umur dan latar belakang kita.

Bagaimanakah saya dapat mencari seseorang untuk memuridkan saya?

Jika anda mahu dimuridkan, mulakan dengan sikap rendah hati dan mahu diajar. Anda boleh berhubung dengan pastor, pemimpin atau seseorang yang matang rohani di gereja anda. Kemudian nyatakan keinginan anda kepada mereka untuk dimuridkan.

Bagaimanakah pemuridan itu dilakukan secara praktikal?

Jika anda memuridkan seseorang atau pemuridan secara berkumpulan, anda mungkin perlu membuat satu perjumpaan sekali dalam seminggu dalam masa selama satu atau dua jam. Bina hubungan dengan mereka dan kongsikan perjalanan iman anda bersama mereka.

Berapa ramai orang dalam kumpulan?

Kerana akauntabiliti berfungsi dengan lebih baik dalam kumpulan berskala kecil, saiz kumpulan yang ideal adalah 3-5 orang. Kami mengesyorkan agar anda mempunyai tidak lebih dari 5 orang dalam 1 kumpulan. Ini juga akan membantu anda membina hubungan yang lebih dekat dengan ahli kumpulan anda.

Bagaimanakah sekiranya saya tidak tahu jawapan bagi sesuatu soalan?

Bukan sesuatu yang memalukan apabila anda tidak tahu jawapan bagi setiap soalan. Anda hanya perlu mengakui bahawa anda tidak mempunyai semua jawapan, tetapi anda akan berusaha untuk mencarinya. Lakukannya sebelum pertemuan yang seterusnya. Tanya pastor anda atau pemimpin rohani yang lain untuk membantu anda untuk menjawab. Jangan pernah memberi mereka tanggapan bahawa anda mempunyai semua jawapan. Adalah lebih baik mengatakan bahawa anda tidak tahu semua jawapan, tetapi anda tahu di mana untuk mencarinya. Anda mungkin tidak dapat menghafal setiap sejarah, teologi dan doktrin tetapi dengan masa dan pertolongan Tuhan, anda boleh mencari dan mengetahuinya.

Apakah ciri-ciri yang perlu saya cari dalam seorang murid yang berpotensi?

Anda boleh mencari seseorang yang percaya iaitu setia, sanggup meluangkan masa untuk bertumbuh melalui pemuridan, dan seseorang yang mahu diajar yang dapat menerima bimbingan, pembetulan, teguran,dan nasihat.

Bagaimanakah saya tahu sekiranya seseorang itu bersedia untuk memuridkan orang lain?

Orang yang bersedia untuk memuridkan orang lain selalunya dapat dilihat melalui kehidupannya seperti hidup dalam injil Tuhan, mempunyai sikap bertanggungjawab, yang telah dimuridkan, hidup bergaul dengan orang lain dan berjalan atas firman Tuhan.

Apakah yang boleh saya lakukan jika gereja saya tidak memurid secara holistik?

Adalah lebih baik jika anda membantu gereja anda untuk memulakan pemuridan secara holistik. Luangkan masa untuk berdoa kepada Tuhan agar Dia menunjukkan individu yang sesuai dalam gereja anda. Berdoa agar Tuhan mempersiapkan hati anda untuk berkongsi kerinduan anda dan agar Tuhan membuka hati mereka untuk menerima nasihat. Mengenal pasti mengapa pemuridan tidak menjadi keutamaan bagi gereja anda dan cuba berdialog dengan mereka dengan sikap yang betul.

Bagaimanakah sekiranya saya tidak cukup bersedia untuk memuridkan?

Untuk memuridkan seseorang, Tuhan tidak melihat umur atau kepakaran alkitab seseorang. Tuhan inginkan seseorang yang rendah hati untuk komited dan jujur terhadap orang-orang yang dimuridkan. Kita akan sentiasa menjadi matang dan bertumbuh dalam pengetahuan teologi kita, tetapi jangan jadikan kekurangan ini sebagai alasan untuk mengabaikan Amanat Agung Yesus.

Bagaimanakah sekiranya ramai orang dalam pelayanan saya yang bersedia untuk dimuridkan tetapi kekurangan orang untuk memuridkan atas sebab mereka belum bersedia untuk memuridkan?

Mulakan dengan perlahan-lahan. Pertama, pastikan anda dan kepimpinan anda mempunyai visi dalam pemuridan; bina keyakinan dan pemahaman praktikal mengenainya. Kemudian, mulakan dengan memuridkan pemimpin-pemimpin tertinggi anda dan minta mereka untuk memulakan pemuridan kepada beberapa orang.

Sementara anda membina orang-orang yang dapat memuridkan, pastikan mereka yang mahu dimuridkan dalam kumpulan-kumpulan kecil dan masih mendapat ‘nutrien-nutrien’ lain yang diperlukan dalam pertumbuhan rohani mereka. Teruskan menggalak mereka untuk bersabar sehingga anda mempunyai lebih ramai orang untuk memulakan pemuridan.