Siapakah Tuhan?

book-thumbnail

Kandungan

Bab 1: Tuhan dalam Perjanjian Lama
Bab 2: Tuhan dalam Perjanjian Baru
Bab 3: Yesus itu Tuhan
Bab 4: Kehidupan Yesus menurut rancangan Allah dalam Perjanjian Baru

Pengenalan

Kita tidak boleh mengetahui apa pun mengenai Tuhan tanpa Dia mewahyukan diri-Nya kepada kita. Namun oleh sebab Tuhan sangat mengasihi manusia (Yohanes 3:16), dan ingin kita mendekati dan berhubung dengan-Nya, maka Dia melaksanakan satu rancangan yang istimewa dan ajaib untuk memberitahu kita tentang siapa diri-Nya.

Dalam siri buku pertama ini, kita akan mengetahui dengan lebih lanjut siapa itu Tuhan yang tercatat dalam Alkitab. Pada permulaan buku ini, anda akan membaca bagaimana Tuhan digambarkan dalam
Perjanjian Lama sehingga Perjanjian Baru.

Kita juga akan mempelajari ciri-ciri ketuhanan dan hubungan Tuhan dengan ciptaan-Nya, terutamanya manusia. Yang terpenting, kita akan mengenal pasti identiti dan rancangan-Nya di dunia ini.
Tujuan pelajaran ini adalah untuk memahami bahawa Tuhan bukan sahaja kuasa atau makhluk yang hebat dalam hidup ini, malahan kita juga sebagai ciptaan-Nya boleh mendekati Dia dengan lebih
rapat, menyembah dan menghormati Dia dengan sepenuh kasih.

Buku ini terdiri daripada empat bahagian:
• Bahagian 1: Tuhan dalam Perjanjian Lama
• Bahagian 2: Tuhan dalam Perjanjian Baru
• Bahagian 3: Soalan-soalan tentang Yesus
• Bahagian 4: Kehidupan Yesus menurut rancangan Tuhan dalam Perjanjian Baru

Mari kita bersiap sedia untuk belajar dan memulakan perjalanan kita dengan doa ini:

Tuhan yang Maha Esa:
Engkaulah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, serta segala isinya. Engkau juga Tuhan yang menciptakan manusia untuk kemuliaan-Mu. Terpujilah nama-Mu. Tolong kami memahami Engkau dan rancangan-Mu dalam hidup ini agar kami dapat mendekati dan menyembah-Mu dengan lebih sempurna. Tolonglah kami agar pengetahuan yang dipelajari dalam buku ini akan membantu kami bertumbuh dalam iman, serta menjadi saksi-Mu dalam kehidupan kami. Terima kasih atas peluang yang diberi kepada kami untuk mengetahui perkara-perkara yang suci ini. Kami mengundang Roh-Mu untuk menjadi sumber pembimbing sewaktu kami mempelajari seluruh pelajaran dalam siri ini. Amin

<< KEMBALI