Adakah saya perlu memuridkan orang lain?
Apabila Yesus memberikan Amanat Agung, Dia menghantar semua orang percaya untuk “pergilah, jadikan semua bangsa murid-Ku.” Pemuridan bukanlah suatu panggilan khusus hanya untuk beberapa orang sahaja. Yesus memberi kita perintah untuk memuridkan, tanpa melihat karunia, umur dan latar belakang kita.
Sila Klik SiniBagaimanakah saya dapat mencari seseorang untuk memuridkan saya?
Jika anda mahu dimuridkan, mulakan dengan sikap rendah hati dan mahu diajar. Anda boleh berhubung dengan pastor, pemimpin atau seseorang yang matang rohani di gereja anda. Kemudian nyatakan keinginan anda kepada mereka untuk dimuridkan.
Sila Klik SiniBagaimanakah pemuridan itu dilakukan secara praktikal?
Jika anda memuridkan seseorang atau pemuridan secara berkumpulan, anda mungkin perlu membuat satu perjumpaan sekali dalam seminggu dalam masa selama satu atau dua jam. Bina hubungan dengan mereka dan kongsikan perjalanan iman anda bersama mereka.
Sila Klik SiniBerapa ramai orang dalam kumpulan?
Kerana akauntabiliti berfungsi dengan lebih baik dalam kumpulan berskala kecil, saiz kumpulan yang ideal adalah 3-5 orang. Kami mengesyorkan agar anda mempunyai tidak lebih dari 5 orang dalam 1 kumpulan. Ini juga akan membantu anda membina hubungan yang lebih dekat dengan ahli kumpulan anda.
Sila Klik SiniBagaimanakah sekiranya saya tidak tahu jawapan bagi sesuatu soalan?
Bukan sesuatu yang memalukan apabila anda tidak tahu jawapan bagi setiap soalan. Anda hanya perlu mengakui bahawa anda tidak mempunyai semua jawapan, tetapi anda akan berusaha untuk mencarinya. Lakukannya sebelum pertemuan yang seterusnya. Tanya pastor anda atau pemimpin rohani yang lain untuk membantu anda untuk menjawab. Jangan pernah memberi mereka tanggapan bahawa anda mempunyai semua jawapan. Adalah lebih baik mengatakan…
Sila Klik SiniApakah ciri-ciri yang perlu saya cari dalam seorang murid yang berpotensi?
Anda boleh mencari seseorang yang percaya iaitu setia, sanggup meluangkan masa untuk bertumbuh melalui pemuridan, dan seseorang yang mahu diajar yang dapat menerima bimbingan, pembetulan, teguran,dan nasihat.
Sila Klik SiniBagaimanakah saya tahu sekiranya seseorang itu bersedia untuk memuridkan orang lain?
Orang yang bersedia untuk memuridkan orang lain selalunya dapat dilihat melalui kehidupannya seperti hidup dalam injil Tuhan, mempunyai sikap bertanggungjawab, yang telah dimuridkan, hidup bergaul dengan orang lain dan berjalan atas firman Tuhan.
Sila Klik Sini